Tuesday, July 7, 2009

Tapak Sembelihan









Baru baru ini kami maju setapak lagi...
Mengenangkan aktiviti sembelihan kami yang semakin rancak, dan untuk menampung penambahan kadar penyembelihan dalam masa terdekat, kami tidak boleh menunggu lagi. Setelah menambah dan menolak kos menghantar, menyembelih, mengambil kambing sembelihan di pusat sembelihan, dan mengambil kira kekuatan yang kami sendiri ade, iaitu penyembelih tegar kami yang terlatih "Encik Edi", kami telah sepakat mendirikan pusat sembelihan kami sendiri yang terletak di dalam kawasan kandang kami di Kuala Selangor.
Untuk makluman semua, kegiatan penjualan kambing Aqeqah kami terus ke pelanggan semakin rancak dan menjadi2. Ada kalanye sehingga 10 ekor sehari terpaksa kami sembelih. Nak ikut tak larat memanglah tak larat. Tapi demi untuk bertahan di dunia perkambingan ini, kami gagahkan juga meneruskan perjuangan kami. Nak harap pada penjualan daging yang tidak untung sebanyak mana, memang tidak berbaloi kalau ingin meneruskan perniagaan ini. Tapi dengan adanye penjualan daging di pasar2 tani di lembah Klang, pelanggan mula mencari kami, mula mengenali kami, mula mempercayai kami dengan nama "Boer Villa's Farm".
Disini saya sertakan gambar2 kami membina pusat sembelihan kami yang lebih baik dan teratur. at least, kalau pelanggan2 kami datang untuk menyaksikan akad nikah tu, taklah malu sangat...HEheh
sekian untuk post kali ini. Kami akan terus mengirim berita terbaru kami dari semasa ke semasa. Assalamualaikum...