Tuesday, July 7, 2009
Tapak Sembelihan
Baru baru ini kami maju setapak lagi...
Mengenangkan aktiviti sembelihan kami yang semakin rancak, dan untuk menampung penambahan kadar penyembelihan dalam masa terdekat, kami tidak boleh menunggu lagi. Setelah menambah dan menolak kos menghantar, menyembelih, mengambil kambing sembelihan di pusat sembelihan, dan mengambil kira kekuatan yang kami sendiri ade, iaitu penyembelih tegar kami yang terlatih "Encik Edi", kami telah sepakat mendirikan pusat sembelihan kami sendiri yang terletak di dalam kawasan kandang kami di Kuala Selangor.
Untuk makluman semua, kegiatan penjualan kambing Aqeqah kami terus ke pelanggan semakin rancak dan menjadi2. Ada kalanye sehingga 10 ekor sehari terpaksa kami sembelih. Nak ikut tak larat memanglah tak larat. Tapi demi untuk bertahan di dunia perkambingan ini, kami gagahkan juga meneruskan perjuangan kami. Nak harap pada penjualan daging yang tidak untung sebanyak mana, memang tidak berbaloi kalau ingin meneruskan perniagaan ini. Tapi dengan adanye penjualan daging di pasar2 tani di lembah Klang, pelanggan mula mencari kami, mula mengenali kami, mula mempercayai kami dengan nama "Boer Villa's Farm".
Disini saya sertakan gambar2 kami membina pusat sembelihan kami yang lebih baik dan teratur. at least, kalau pelanggan2 kami datang untuk menyaksikan akad nikah tu, taklah malu sangat...HEheh
sekian untuk post kali ini. Kami akan terus mengirim berita terbaru kami dari semasa ke semasa. Assalamualaikum...
Wednesday, January 21, 2009
Kandang baru di melaka
Alhamdulillah. Dah lama kami tak update berita dlm blog ni. Banyak yg dah berubah dan yg baru. Kalau sebelum ni kami tumpukan pada breeding kini kami dah membuka lagi sayap kami. .kami sekarang jual daging boer. Dan alhamdulillah, kami berjaya membuka kandang baru di melaka. Kandang di melaka kami tumpukan untuk tujuan breeding sahaja. Insya allah kandang kami di kuala selangor kami tumpukan untuk slaughter shj. Pemindahan kambing2 ini akan berlaku secepat mungkin, selewatnye dalam minggu depan. Diharapkan dgn pengkhususan ini dpt merancakkan lg perniagaan kami. Jadi kalu ada sesiapa yg berminat nak dptkan baka yg terbaik hasil dr pembiakan tradisional, insya allah dalam masa 2 tahun kami mampu membekalkannye. Dan kpd mereka yg nak order daging, insya allah, kami boleh bekalkan dr selangor. Sekian untk update kali ni.
Monday, November 17, 2008
Kambing Di Kasi
Suka kami berkongsi dengan permasalahan hari ini yang mana mereka2 yang arif tentang agama telah pun membuat keputusan bahawa Kambing yang dikasi (Weather) adalah sah dibuat Qurban dan Aqiqah. Mungkin kita pandai hukum hakam agama, namun janganlah kita terlebih pandai dari orang yang memang ariff dan yang menjaga hukum hakam di dalam negara kita ini. Hal2 yang melibatkan hukum perlulah diserahkan kepada mereka yang berkuasa atas bidang mereka. Untuk pengetahuan, kambing yang dikasi di australia adalah tujuan untuk menggemukkan kambing bagi menambah dagingnya, bukannya untuk mengurangkan daging. Kambing jantan di australia yang dikasi adalah dari baka yang bukan dari Full blood, kerana mereka hanya menggunakan baka full blood untuk breeding. Disertakan surat dari JAKIM untuk makluman semua....
Janganlah Menghalalkan Yang Haram atau Mengharamkan Yang Halal... Sesungguhnya yang halal itu adalah jelas, terang dan nyata dan yang haram itu juga adalah jelas, terang dan nyata.
Sunday, November 16, 2008
Qurban
Definisi Qurban
Qurban ialah penyembelihan binatang qurban yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat 'Idil Adhha) dan hari-hari Tasyriq iaitu ,11,12 dan 13 Zulhijjah kerana beribadah kepada Allah s.w.t. , iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Dalil tentang ibadah Qurban
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syi'ar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur."
(surah al-Haj:36)
Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
"Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu."
(Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
Hukum Ibadah Qurban
Hukumnya Sunnat Muakkad(Sunnat yang dikuatkan) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
Islam
Merdeka (Bukan hamba)
Baligh lagi berakal
Mampu untuk berqurban
Fadhilat/Kelebihan Ibadah Qurban
Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.
Mendidik jiwa kearah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta kejalan Allah s.w.t.
Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan Allah s.w.t.
Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.
Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim diakhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:"Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat."
Syarat untuk melakukan Ibadah Qurban secara jamaah (beramai2).
Pengurusan hendaklah dilakukan dengan betul, dengan penuh amanah dan tanggungjawab.
Harga yang dikenakan hendaklah dinyatakan termasuk kos pengurusan (Penyembelihan, kenderaan, upah menyembelih, melapah dan sebagainya jika memerlukan upah).
Hendaklah diadakan aqad atau ijab dan qabul antara orang yang melakukan qurban atau aqiqah dengan pihak pelaksana (AJK Qurban/ Aqiqah atau AJK Masjid/ Surau/ Badan Kebajikan/ Orang perseorangan).
Persoalan tentang Ibadah Qurban.
Adakah daging qurban yang kita buat untuk si mati contohnya bapa yg telah meninggal, kena disedekahkan kesemuanya atau boleh diambil sebahagiannya?
Berqurban atas nama orang lain menurut mazhab Syafi'i mengatakan tidak sah tanpa seizin orang tersebut, demikian atas nama orang yang telah meninggal tidak sah bila tanpa dasar wasiat. Ulama Maliki mengatakan makruh berqurban atas nama orang lain. Ulama Hanafi dan Hanbali mengatakan sah saja
كلوا وأطعموا وادخروا
“Kamu makan, kamu berikan kepada yang lain dan kamu simpan” - [Hadith riwayat al-Bukhaari].Pada dasarnya, 1/3 simpan, 1/3 makan dan 1/3 sedekah.
Bolehkan daging Qurban dijual?
Haram hukumnya menjual daging Qurban, ia hendaklah disedekahkan!
Daripada `Ali bin Abi Talib r.a, katanya:
”Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan aku menyembelih unta-untanya (sembelihan ketika haji). Baginda memerintahkan agar aku mensedekahkan daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta itu (seperti pelana dan seumpamanya). Baginda juga memerintahkan agar aku tidak memberikan kepada al-Jazzar (penyembelih dan pelapah) sedikit pun darinya.”
(Riwayat al-Bukhari hadith ke-1716, Muslim, hadith ke-1317)
Siapakah yang layak menerima daging korban?
Orang yang bekorban berhak mendapatkan 1/3 dari daging korbannya, Fakir Miskin dan orang - orang Islam yang lain.
Apakah daging yang diniatkan qurban boleh dimakan oleh tuan punya yang melakukannya?
Daging qurban halal dimakan atau dimiliki oleh orang yang berqurban bahkan sunat ia mengambil satu pertiga. Akan tetapi daging “qurban wajib” atau daging “qurban nazar” haram dimakan oleh orang yang bernazar. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. dalam - Surah Al-Hajj, ayat 28 .
Daging qurban, sunat dimakan oleh orang yang berqurban selebihnya disedekahkan kepada fakir miskin dalam keadaan mentah.
Boleh atau tidak Rusa dijadikan ibadat sembelihan qurban? Berapakah bahagiannya?
Binatang sembelihan qurban ialah unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri. Tidak sah qurban yang selainnya.
Berapa bilangan (ekor/bahagian) haiwan ibadah qurban yang di galakkan?
Bagi setiap seekor lembu, unta atau kerbau itu boleh dibahagi kepada 7 bahagian. Bahgian paling sedikit yang harus dalakukan oleh seseorang itu adalah satu bahagian dan tiada batasan untuk bilangan paling banyak. Seseorang muslim itu boleh melaksanakan ibadah qurban ini sebanyak mungkin mengikut kemampuannya. Adapun bagi kambing pula, bagi seekor kambing tidak boleh dibahagi mengikut bahagian seperti lembu. Maka bagi setiap kambing itu adalah untuk seorang muslim sahaja.
Bolehkah daging qorban diberikan kepada bukan Islam dan apa hukumnya org kafir memberi bantuan/ derma untuk ibadah qorban. Adakah kita boleh menerima sumbangan mereka itu ?
Tidak harus memberi makan daging qurban dan aqiqah kepada orang kafir sama ada daging qurban wajib dan aqiqah wajib ataupun sunat. - Fatwa Negeri Selangor (Sel P.U 12) . Org kafir tidak diwajibkan melaksanakn ibadah qorban. Sumbangan yang diberikan tidak dikira sebagai ibadah qorban.
Apakah hukum mewakilkan ibadah qorban kepada org lain? NGO misalnya?
Hukum wakalah adalah harus dengan syarat-syarat seperti berikut :
i. Lafaz wakalah hendaklah secara soreh (jelas) atau kinayah (kiasan)
ii. Hendaklah mendapat izin dari muwakkil (org yg meminta utk diwakilkan)
iii. Muwakkil wajib melafzkan tawkil sama ada secara soreh atau kinayah kepada wakil yang dilantik untuk menguruskan qurban tersebut.
Secara menyerahkan tanggungan dengan berkata:
"Saya meletakkan atas tanggungan tuan untuk menghasilkan penyembelihan qurban untuk ku."
(PERINGATAN: Penerima jika tidak dapat menyempurnakan tanggungjawab yang diterima, boleh diserahkan kepada orang lain untuk menyempurnakan penyembelihan untuk orang-orang yang berakad tadi).

Tuesday, October 28, 2008
Wednesday, July 23, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)